
Alhamdulillah. Last week, kami sekeluarga berjaya sudahkan misi kembara dan pelan bercuti di Langkawi sempena cuti sekolah kali ini. Walaupun percutiannya ringkas, tapi ianya satu pengalaman berharga untuk kitorang terutama The Zizis dalam episod #durathezizistravelogue 2018.
Walaupun namanya bercuti di Langkawi, tapi agenda kali ni sebenarnya nak melawat tempat menarik di Langkawi. Lagipun dah banyak tempat-tempat baru yang menarik ada di sana. Walaupun banyak kali dah kitorang bercuti di Langkawi, tapi normally kitorang pergi santai-santai dan jenjalan aje. Belum lagi melawat habis-habisan macam pelan kali ni.



Disebabkan kampung Dura berhampiran Perlis, maka kitorang semua ke Langkawi menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis. Perjalanan dari kampung ke Jeti Kuala Perlis tu lebih kurang 45 minit je. Drive sendiri ke jeti, dan tinggalkan aje kereta di sana. Kalau tak silap kene bayar RM20 sehari untuk sewa parking kereta.
BACA : Lelaki Kiriman Tuhan bawa kami ke Keriang Hill Resort
Kitorang bertolak naik feri dari Jeti Kuala Perlis jam 9.30 pagi. Tiket dibeli sehari sebelum; dan alhamdulillah dapat duduk seat tingkat bawah yang agak luas sedikit ruangnya dari tingkat atas. Seat pula barisan tepi tingkap, memang puas lah The Zizis tengok pemandangan. Cuma Dura pula yang rasa pening. Lepas snap beberapa gambar, terus pejamkan mata nak hilangkan pusing dalam kepala ni. Huhu.

Kitorang tiba di Jeti Kuah, Langkawi jam 10.30 pagi. Lebih kurang satu jam je perjalanan. Pendek kata, kalau nak bercuti di Langkawi tiap-tiap kali balik ke kampung Kedah ni pun, boleh sangat. Cuma siapkan aje ongkos yang mencukupi. Kehkeh.

Disebabkan kereta Abah tinggal di Jeti Kuala Perlis, maka kitorang perlukan van sewa pula untuk bergerak. Tapi, Mak bagi cadangan, “Kalau tak nak habiskan masa atas jalan (sebab sesat), sewa ajelah driver nya sekali”. Haha. Memasing bersetuju sebab dah tau kitorang kalau pakai waze dalam KL pun sesat-larat. Ni kan pula tempat orang. Heheh.
Kitorang dapatkan driver dan van sewa melalui travel agency hotel penginapan kitorang hari tu. Charge untuk sewa pemandu dan van ni, rate yang kitorang dapat adalah RM220 untuk 4 jam. Setiap extra 1 jam kene tambah RM20. Tapi, masa tu kitorang fikir juga, kalau nak compare dengan list tempat melawat yang Dura dah sediakan ni, 8 jam pun belum tentu cukup. Nasib la nakkk!
So, selepas check in di hotel bajet, kitorang terus memulakan sesi lawatan dan percutian di Langkawi tanpa bazir barang sesaat pun. Setiap saat adalah duit hokeh! Huhuhu. Maka, perjalanan #durathezizistravelogue di Langkawi ni bermula di tempat bersejarah iaitu Makam Mahsuri. Ceritanya, Dura sambung dalam next entry okes.
Leave a Reply