
Dura dan The Zizis memulakan #durathezizistravelogue di Underwater World Langkawi ni pada jam 10.00 pagi dengan perasaan berkobar-kobar walaupun semalamnya kitorang penat berjalan di Oriental Village Langkawi. Haha.
Cerita sikit tentang Underwater World Langkawi ini, lokasinya terletak di Pantai Cenang, 07000, Langkawi. Kawasannya sangat luas dan tempat parking pun banyak. Sebelah bangunannya pula terletak kedai Coco Valley dan The Zone Duty Free yang menjual coklat-coklat murah untuk dibawa pulang.

Untuk pengetahuan korang, Underwater World Langkawi ni merupakan antara pusat akuaria yang terbesar di Asia Tenggara tau! Dan ia menjadi salah satu tempat yang wajib dikunjungi di Langkawi oleh pelancong dari dalam dan luar negara.
Apa yang best nya Underwater World Langkawi ni? Setakat tengok ikan aje pun..
Setakat tengok ikan aje? No! No! No! Jangan nak berfikiran skeptikal sangat! Kalau nak kata ada ikan aje pun, bukan semua jenis ikan yang ada dalam dunia marin tu kita pernah tengok kan? Paling habis pun kita selalu nampak yang kat dalam pasar tu je. Yer dak? Hikhik.




Tapi jangan risau, yang sebetulnya; Underwater World Langkawi ni mempunyai pelbagai seksyen pameran iaitu Preview Tank, River Ecosystem, Tropical, Temperate Tunnel, Sub-Antartic, Hexagonal Tank, Koi Pond, Invertebrate, Coral Reef, dan Venomous and Poisonous Section. Maka, semestinya ia mempunyai pelbagai jenis hidupan akuatik dari sekecil-kecil saiz hinggalah sebesar-besarnya ada di sana!





The Zizis pun cukup teruja tau sepanjang journey di dalam Underwater World Langkawi ni. Kejap-kejap dorang tanya, “Mama ni ikan apa? Kenapa dia bentuk macam ni? Kenapa warna dia macam ni?”. Malahan, soalan menguji minda pun ada, “Mama, kenapa obor-obor tu kita panggil obor-obor?”, “Mama, kalau penguin tu tak boleh terbang kenapa dia mesti ada kepak?”.. Jenuh pula la Dura menggugel time tu! Adeh! Huhu.



Tapi, bukan setakat budak-budak aje yang suka tau! Dura, Mak, Abah dan Makcik pun feeling suka hati especially time masuk dalam Temperate Tunnel dan Tunnel Tank. Mak siap suruh Dura minta tolong orang untuk ambilkan pic kitorang satu family di Tunnel Tank berlatarbelakangkan giant fish. Minat nau Mak dengan giant fish tu. Haha.

Harga Tiket dan Waktu Operasi
a- Harga tiketnya :
Dewasa : RM36 (MYKAD)
Kanak-kanak 3-12 tahun : RM26 (MYKID)
Warga emas (50 tahun ke atas) : RM29 (MYKAD)
b- Waktu operasi:
Setiap hari : 10.00 pagi – 6.00 petang
Cuti sekolah / cuti umum : 9.30 pagi – 6.30 petang
So, best ke Underwater World Langkawi ni?
Jawapan Dura.. Memang best! Underwater World Langkawi bukan setakat menarik perhatian anak-anak, malahan ibu bapa juga tau! Even The Zizis pun sangat berminat dan aktif bertanya, “Wow! Besarnya ikan ni!”, “Wow, ada tunnel lah!”, “Banyaknya penguin!”, “Cantiknya colorful fish!”. Haa, semua ayat-ayat tu menunjukkan betapa seronoknya dorang.
Dura sendiri tertarik dengan idea persembahan bermula dari rekabentuk akuarium setiap pameran, design dan susunatur setiap akuarium di dalam setiap seksyen serta kepelbagaian pameran jenis hidupan marin yang ada di sana. Dua jam kami berada di sana pun masih rasa tak cukup masa tau!


Sama seperti tagline Underwater World Langkawi ni iaitu ‘When Adventure Becomes Experience’; gitulah yang Dura dan The Zizis rasa apabila masuk ke dalam ni.
Malas cerita panjang..
Malas nak citer panjang. So, kalau korang belum pernah pergi ke Underwater World Langkawi ni, cubalah bawa anak-anak ke sana bila bercuti di Langkawi nanti. Serius, tak menyesal pun.

Next, dari underwater Dura nak meronda-ronda atas air pula. So, next entry will be at KILIM Geoforest Park pula. Jumpa di sana!
[…] tengok la tempat ni!”. Sebabnya, dorang dok teringat pengalaman berjalan dalam tunnel di Underwater World Langkawi tu la; cuma kat sana tunnel nya pendek aje berbanding kat Aquaria ni. […]