Happy Bornday PakNgah yang ke… Rahsia hehe.
Kami doakan, semoga PakNgah diberi tubuh badan yang sihat, dimurahkan rezeki, dan diberi keberkatan serta kebahagiaan hidup dunia akhirat. PakNgah dah baaanyak tolong kami anak-beranak sejak arwah Iby pergi. Jadi kami ucapkan terima kasih banyak-banyak pada PakNgah. Jasamu sentiasa kami kenang☺️
Sebenarnya, kami sambut Happy Bornday PakNgah ni sehari awal. Sebabnya, esoknya PakNgah nak hantar Maksu pulang ke U. Jadi Atok dengan baik hati sponsor dinnerdate kami sekeluarga ini di Fiske Steakhouse di Taman Keramat. Restoran ini dekat je dengan rumah, tapi tu pun kelam-kabut kami keluar awal sebab restoran tu sentiasa dipenuhi pelanggan dan kebetulan malam tu hujan pula. Mereka tak terima sebarang reserve seat, jadi kene lah kami ke sana seawal mungkin selepas Maghrib tu. Tapi Alhamdulillah, rezeki kami, kenyang juga malam tu😄
Yang kelakarnya, masa tengah kami berikan hadiah surprise pada PakNgah, tiba-tiba restoran tu pasang lagu ‘Happy Birthday’ berentak pop gitu. Kami masing-masing pandang MakNgah, sebab ingatkan MakNgah yang bikin surprise untuk PakNgah. PakNgah pula ingatkan memang kami yang plan pasang lagu tu. Tapi rupanya, bukan plan MakNgah. Rupanya ada orang lain yang sambut Happy Bornday kat situ juga haha. Terkezut kami semua😆
Bulan Oktober, Mama punya birthday pulak. Agak-agak di usia macam ni boleh dapat tak ice cream cake? Hahaha
#blogduranorell #duranorellsjourney #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #bloggermalaysia #momblogger #lifestyleblogger #parentingblogger #happyborndaypakngah! #happybirthday #fiskesteakhousekeramat
Leave a Reply