Jumaat lepas, merupakan lawatan pertama AbangYan sebagai pelajar prasekolah bersama cikgu dan rakan-rakan kelasnya ke Kilang Vitagen dan i-City Shah Alam.
Dura hantar AbangYan ke sekolah macam biasa jam 7.15 pagi, berbekalkan nugget dan air masak; sebab cikgu kata makanan dan minuman disediakan. So, jam 8.00 pagi, AbangYan dan rakan-rakan bertolak dari sekolah naik bas yang dah ditempah.
Selepas sejam perjalanan, cikgu maklumkan dalam group Whatsapp yang mereka dah selamat tiba di Kilang Vitagen. Alhamdulillah. Cuma Dura macam biasalah, dok risau, camnelah AbangYan kat sana. Ada siapa-siapa tolong tengokkan dia tak? Almaklum, selama ni dok berkepit dan melawat bersama Mama, la ni 1st time melawat dengan orang! Of course la risau yer dak!
But Alhamdulillah, dalam berpuluh gambar yang cikgu forward, adalah terselit gambar AbangYan. Hmm, nampak macam dia happy aje kat sana, so, lega lah hati Dura ni.
Jam 12.00 tengahari, dorang singgah makan tengahari di Restoran Aku & Istanbul. Dura pun tak pernah tau pasal restoran ni, tapi mungkin cikgu-cikgu lebih tahu. So, dorang berada di sana sampai lepas solat Jumaat.
Jam 2.00 petang, AbangYan dan rakan-rakan prasekolah teruskan lawatan ke i-City Shah Alam. Mula-mula mereka masuk ke Snowalk i-City. Merasa juga lah AbangYan pakai sweater, berkasut boot dan main salji. Sebabnya, few days sebelum tu, AbangYan asik tanya, “Mama, tinggal berapa hari lagi Abang nak pi main salji?”.
Next, mereka ke Trick Art Museum i-City. Adalah beberapa keping gambar yang cikgu forward ada muka AbangYan kat situ. Kalau ikutkan banyak aje gambar 3D art kat sana, tapi pic yang di forward, hmmm. So ni aje lah yang clear nampak lubang hidung. Haha.
Disebabkan di i-city mereka melawat dua tempat, maka mereka habiskan hampir empat jam juga lah di sana. So, mereka bertolak pulang jam 6.00 petang. Perghh, memang melawat sakan ni! Haha.
Awalnya, cikgu jangkakan mereka akan tiba di sekolah jam 7.00 petang. Tapi disebabkan hujan lebat di Shah Alam dan jem teruk, mereka hanya tiba di sekolah jam 9.00 malam. Wahhh, nasib baik esoknya tu Hari Sabtu, tak yang gi sekolah. Sebab ramai yang ‘demam terkejut’ dapat main salji. Huhu.
Cuma, kalau korang ada anak prasekolah yang bakal ada lawatan nanti, jangan lupa bekalkan anak-anak walaupun sekadar roti krim dan air masak. Kalau boleh biar yang simple tapi boleh alas perut. Sebabnya, macam AbangYan hari tu, walaupun dah makan nasi ayam waktu tengahari, tapi during interval, dorang masih lapar. So, cikgu suruh depa makan kongsi sama-sama sesiapa yang bawa bekal tu. Maka, habis licin nugget yang Dura bekalkan hari tu!
Dan jangan lupa, masukkan siap-siap uniform sekolah spare dalam beg sekolah anak-anak semasa lawatan. Mana lah tau, ada yang tak sempat nak ke tandas dah terkucil dalam seluar. So, better be prepared. Okeh?
Hmmm, Next? Dura sambung entry lawatan AbangYan bersama Mama semula. Banyak tangguh entry, Mama busy!!! Uhuhu.
musim anak2 ikut lawatan heheh comel2 je