Serius, semuanya unplanned! Tapi tak sangka, Dura dan keluarga telah membuat perjalanan ratusan km dari KL ke Perak, Kedah dan Perlis dalam tiga hari!
Mula-mula, pelan asal kami nak bertolak balik ke kampung Kedah pada subuh 25 November. Tapi KNgah pula ada Hari Anugerah Cemerlang pada hari itu di sebelah pagi. Tak sanggup pula nak bertolak lepas Zohor sebab petang selalu jem dan sekarang musim hujan. Jadi, perjalanan kami ke Kedah terpaksa ditunda pada hari Ahad 26 November. Maka, tinggallah baki cuti Dura yang dua hari itu iaitu 27 dan 28 November sahaja.
Kami bertolak dari KL seawal jam 7.30am. Kemudian, kami singgah sarapan pagi di Bandar Behrang 2020, Perak jam 8.30am. Selesai makan, kami teruskan perjalanan. Dalam tempoh itu, banyak kali juga kami berhenti nak ke tandas. Sampai di RnR Bukit Gantang, Perak; kami ternampak kedai jual durian dan cendol durian. Ramai orang duduk makan di situ. Maka, kami pun terjebaklah sama lah makan cendol durian walaupun sebenarnya lepas ni nak makan tengahari pula! Haha
Lepas tu, kami teruskan perjalanan lagi. Serius cakaplah, rasa macam tak terkira berapa banyak kali kami berhenti di perhentian untuk ke tandas sebab sejuk hujan! Tapi nak buat macamana, duduk dalam kereta pun punyalah lama, dengan bergegar-gegar kereta meluncur atas jalanraya.. Maka rasa usus kecil dan pundi kencing pun bergegar samaš
Kemudian, kami berhenti di RnR Bukit Gantang, Perak. Ternampak pula ramai orang duduk makan durian dan cendol durian di sana. Maka, kami pun terjebaklah makan cendol durian kat situ jugaš
Lepas makan, kami teruskan perjalanan hingga ke Hentian Bukit Semanggol dan berhenti solat jamak di sana jam 1.00pm. Selesai solat, kami teruskan lagi perjalanan lagi dalam keadaan hujan dah mula turun renyai-renyai. Sambil-sambil tu makan pula Putu Bambu yang dibeli tadi. Ya ampun, sedap sehhh! Haha

Banyak foodtruck Putu Bambu World ni di setiap hentian sepanjang Highway dari KL ke Kedah ni. Rasanya pun sodapš
Jalan punya jalan, tengok jam dah pukul 3.00pm! Ya ampun, patutlah lapar! Maka, kami pun singgah makan di Hentian Gurun, Kedah pula. Turun je dari kereta, kami terkejut dan macam tak percaya! Kami nampak keluarga MakLang dan PakLang pun baru turun dari kereta! Memang unplanned! Rupa-rupanya mereka pun sedang bercuti di Kedah dan menuju ke Changlun. Siapa sangka, kami dari KL, mereka dari Shah Alam; tiba-tiba terjumpa di Gurun, Kedah! Huhu. Kuasa tuhan kan?
Sepanjang jalan di Kedah hujan turun dengan lebatnya. Di kiri kanan jalan, air sawah bertakung. Tapi serius cakap, memang tenang je pemandangan sebab nampak hijau di mana-mana sahaja. Barulah namanya menikmati suasana di kampungš Tepat jam 5.30pm, barulah kami tiba di kampung halaman di Air Hitam, Kedah selepas 10 jam berada dalam kereta! Serius, rasa kekejangan urat tangan, pinggang dan kaki! Takde fikir lain dah, rasa nak terbaring dan tidur atas katil je!
Bangun esok harinya nak berehat kat rumah aje. Dura bawa AbangYan, KLong dan KNgah menikmati keindahan sawah padi di sekeliling rumah. Tup-tup, tengahari, MakCik Dah (adik Abah) ajak kami sekeluarga ke Padang Besar, Perlis. Serius? Penat badan belum habis lagi ni! Uhuhu. Tapi, disebabkan MakCik beria-ia mengajak, maka berangkatlah juga lah kami ke Padang Besar, Perlis menaiki dua buah kereta.
Nasib baiklah cuaca cerah dan terang benderang. Lebih kurang 40 minit perjalanan dari kampung kami ke Padang Besar, Perlis (kampung Dura terletak di sempadan Perlis aje). Dalam kepala dah set nak jalan-jalan je dan taknak beli apa-apa sebab belum dapat gaji. Tapi si tiga serangkai mula pasang perangkap manja depa tu! Adoii, akhirnya rabak juga lah duit Mamanya ni! Nasib baiklah kat sana barang-barang murah huhu.
Jam 4.00pm, kami bertolak pula ke Ladang Ostrich di Padang Besar, Perlis. Adalah beberapa ekor Ostrich yang ada di sana. Apa lagi? Snap snap gambar lagi š Ingatkan terus balik rumah, rupanya MakCik ajak pula singgah makan petang di Jeti Perlis dulu. Maka, makanlah kami di sana sambil menikmati pemandangan laut.
Lepas makan, kelamkabut bergambar sebab hari dah lewat petang dan nak hujan. Selepas bergambar aje, hujan lebat turun mencurah-curah! Fuhhh.. nasib baik dah masuk dalam kereta huhu. Kami pun bertolak balik ke rumah. Malamnya, kami tidur awal ler sebab masing-masing kepenatan.
Keesokan harinya, bangun solat Subuh, rupanya muka, jari tangan dan kaki Dura sembab dan bengkak! Penangan kepenatan dalam perjalanan. Ye lah, dalam tiga hari, kami dah membuat perjalanan ratusan km dari KL ke Perak dan Kedah, kemudian ke Perlis pula menaiki kereta. Mana tak penat badan? Duduk dalam kereta pula sampai 10 jam lamanya, lepas tu AbangYan pula asik nak duduk atas riba aje.. Bila gi klinikĀ Doc kata Dura allergic dengan sekitaran masa di kampung (udara, sekam padi dan serangga) dan juga kejang urat (duduk lama dalam kereta). Hmmm, mungkin lepas ni Dura kena banyak bercuti supaya badan lebih mudahĀ adapt dengan perjalanan jauh. Tak gitu? Muahaha.
peh.
tahu.
mesti penat gaban nih.
berapa negeri redah tu.
titan recently posted…Petua dan Cara Hilangkan Sakit Gigi Berlubang yang BERKESAN.
Dah lama tak dengar perkataan gaban tu š