It’s PKP 2.0! Bermula 13 Januari sehingga 26 Januari 2021.
Walaupun PKP 2.0 ini hanya applied untuk 6 negeri aje iaitu Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Sabah; tetapi merentas negeri dan daerah adalah tidak dibenarkan selama dua minggu ini.
Walaupun tarikh mula sekolah masih sama iaitu 20 Januari 2021, tetapi sekolah di kawasan PKP 2.0 hanya bermula secara PdPc sahaja iaitu online learning, sekali lagi! Permulaan tahun 2021 yang sangat mencabar, bukan setakat dewasa aje, untuk anak-anak yang belajar juga!
Dura pun ingatkan bila kena PKP 2.0 ni, kami se officemate akan Work From Home sekali lagi. Rupanya idak! Disebabkan kami ni sektor perkhidmatan dan memberikan khidmat kepada essential service, makanya kami dibenarkan bekerja seperti biasa. Makanya, PKP 2.0 di ofis lah kami setiap hari. Huhuhu.
Cumanya this time, Dura rasa orang ramai dah banyak belajar dari pengalaman PKP pertama. Not so much panic buying sebab kita boleh keluar membeli barang keperluan dua orang satu rumah setiap hari. So takde lah nak panic lagi sekarang kan?
But hopefully, our fight against Covid-19 mampu mencapai kejayaan. Lets fight together, sama-sama patuh SOP, and stay health, stay safe!
moga covid19 cepat terhapus aminnnn