Cerita sukaneka KNgah di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa pagi tadi. Ishh, memang sabar ajelah bila tengok dia masuk acara Lenggang Mak Limah pagi tadi!
Sukaneka ni untuk tahap satu aje. Jadi, disebabkan yang terlibat hanya tahun satu, dua dan tiga aje; maka sekolah buat tiga acara untuk setiap darjah dan pertandingan adalah antara kelas-kelas. Maksudnya, setiap pelajar akan menyertai dua acara iaitu pertandingan lelaki sahaja, perempuan sahaja dan pertandingan campuran (mix lelaki dan perempuan).
So, KNgah sertai dua acara dalam sukaneka ni. Acara pertama ialah Lenggang Mak Limah iaitu bawa bola sambil catwalk. Tapi dah nama pun budak-budak, bila suruh catwalk dorang pun catwalk tapi ada pula yang betul-betul ber’Lenggang Mak Limah, salah sorangnya KNgah ler tuđȘ. Tak faham konsep pertandingan agaknyađ. Penyudahnya, dapat nombor empat. Itu pun nasib baik dapat pingat juga sebab pemenang adalah dari tempat pertama hingga kelimađ.
Acara kedua adalah acara mix lelaki perempuan iaitu Mangkuk Cawan Mangkuk. Pelajar perlu bawa bola pingpong dalam sudu dan seterusnya tukar posisi mangkuk menjadi cawan bergilir-gilir. Dura punyalah jerit “KNgah cepat! Laju lagi!”. Tapi KNgah boleh pula jalan sambil sengih-sengihđ€Šđ»ââïž. Adoyaiii! Sabor ajelah Mama tengok aksi KNgah dalam sukaneka tadi. Nasib baiklah menang, itupun tempat keempat juga, sekali lagi! Hahađ.
Yang geramnya tu, masa nak ambik hadiah untuk acara pertama tu, boleh pula KNgah dok membatu kat tempat lain. Dia sibuk nak ambik hadiah untuk acara yang kedua tu je! Penyudahnya, KNgah hanya dapat satu pingat aje. Dan bila Dura tanya cikgunya, katanya macam takde je balance pingat tadi. Hmm, nasib kamu ler KNgah wehhh! Dura bukan apa, dengan aksi KNgah macam tu, tahun depan belum tentu boleh menang lagi! So, dah dapat tahun ni kira bersyukur juga lah untuk dijadikan kenangan kan? Tak gituđ
KLong, kesian juga tadi, sebab dia tengok aje kawan-kawan kelasnya beraksi. Tapi nak buat macamana, kesihatan belum mengizinkan KLong untuk bersukan atau beraksi lasak di tengah panas. Tapi insyaAllah, tahun depan KLong dah masuk tahap dua. So, ada acara sukan tahunan. Hopefully, KLong terpilih la masuk lumba lari ke, atau apa-apa ajelah asalkan bersukan hihi.
Leave a Reply