Alhamdulillah, pagi tadi anak-anak Dura iaitu KLong dan KNgah sekali lagi mendapat sumbangan Back to School 2018 dari Parlimen Setiawangsa, Technology Park dan TNB. Majlis yang bertempat di SMK Seksyen 5 Wangsa Maju itu dirasmikan oleh YB Dato’ Fauzi Zahari iaitu Ahli Parlimen Setiawangsa.
KLong mendapat jemputan untuk sumbangan tersebut melalui sekolahnya di Setiawangsa manakala KNgah pula mendapat jemputan dari UMNO Setiawangsa. Ini merupakan tahun kedua KLong dan KNgah menerima sumbangan Back to School dari Parlimen Setiawangsa ini.
Dura bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana sebagai ibu tunggal, sumbangan Back to School 2018 hasil dari kerjasama Parlimen Setiawangsa, Technology Park dan TNB ini dapat membantu mengurangkan perbelanjaan Dura terhadap persediaan persekolahan KLong dan KNgah tahun hadapan.
Semoga lebih banyak pihak berkaitan membuka mata dan menunjukkan keprihatinan mereka untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim. Sesungguhnya, bukan senang untuk ibu-ibu tunggal yang tiada pekerjaan atau bergaji ciput macam Dura untuk meneruskan kehidupan menyara anak-anak seorang diri. Apabila ada bantuan sebegini, ia sangat menceriakan hati dan hari kami terutama anak-anak yatim ini..
Leave a Reply