
Sejak semalam ibu bapa ‘kecoh’ disebabkan ‘kesesakan’ sehingga error di laman web Simpeni Jakim. Semuanya gara-gara keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2021 yang boleh disemak secara online bermula pada 28hb Disember 2021. Almaklum, 1st time KAFA menggunakan portal online untuk semakan keputusan peperiksaan UPKK. Terus ‘jammed’ la portal tu! Haha.
Termasuklah Dura, antara ibu bapa yang tak dapat menyemak keputusan peperiksaan UPKK secara online pada hari pertama keputusan keluar semalam. So, Dura try lagi pagi ni. Pergghhh, dengan line internet yang katanya menuju era 5G tapi lately performance macam see-put, memang menduga keimanan di siang hari. Huhu. Tapi mujurlah, hari ni nasib ada baik. So, dapatlah Dura tengok keputusan peperiksaan UPKK 2021 The Zizis ni.
Kenapa Dura kata The Zizis? Sebab this year, KLong dan KNgah yang menduduki peperiksaan UPKK 2021 ni. Suppose, KNgah seorang aje yang menduduki peperiksaan UPKK tahun ni sebab dia darjah lima. Tapi disebabkan UPKK tahun 2020 telah ditunda akibat PKP dan online learning hampir sepanjang tahun pada tahun lepas, maka KLong pun sekali jalan lah duduki peperiksaan UPKK 2021 ni.
So, the result? Alhamdulillah, KLong berjaya dengan cemerlang. KNgah pula kena usaha lebih sedikit. Namun, walau apa juga keputusannya, Dura ucapkan syabas kepada semua anak-anak yang telah menduduki peperiksaan UPKK 2021 ini. Bukan senang ya, sebab hampir sepanjang tahun mereka terpaksa belajar secara online di rumah. Ramai anak-anak dan ibu bapa stress dengan pdpr terutama bagi mereka yang terpaksa belajar online dalam keadaan serba kekurangan! Kalau The Zizis pulak, masalah paling utama adalah ruang belajar, situlah tempat makan, situlah tempat tidur, situlah tempat bermain. Memang takleh nak fokus langsung bila belajar online. Tapi, redha dan bertabah ajelah..
Tak lupa juga Dura ucapkan terima kasih banyak-banyak pada ustaz dan ustazah sebab berjaya mengadakan Kelas Pecutan KAFA sebagai inisiatif untuk membantu anak-anak fokus dalam mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Memang sangat-sangat membantu!
And for KLong, disebabkan KLong berada di Tahun 6 tahun 2021 ini; maka KLong ada satu lagi peperiksaan khas iaitu MPKAFA Tahun 6. So, KLong dan rakan-rakan tahun 6 hadapi cabaran lebih getir tahun ini sebab terpaksa hadapi dua peperiksaan berturut-turut. Tapi Alhamdulillah, KLong did it very well. Tahniah KLong.
Cumanya, disebabkan tahun depan KLong bakal memasuki Tingkatan 1, so tiada lagi kelas KAFA. Kalau nak sambung pun, kena masuk Sekolah Menengah Agama, tapi jauh la pulak. Masuk asrama? Memang TIDAK! So, pilihan terakhir, Dura cari sekolah yang ada aliran Bahasa Arab di sekolah menengah, hopefully berdekatan rumah. Sebab KLong sangat minat subjek Bahasa Arab. So, tunggu ajelah keputusan penempatan sekolah menengah tahun depan.
Apa-apa pun, syabas Mama ucapkan pada KLong dan KNgah untuk prestasi pada tahun yang sangat getir ini! Teruskan menimba ilmu dunia akhirat.
Leave a Reply