
KLong, KNgah dan AbgYan dapat adik baru.. Eh, sepupu baru 😁
Malam semalam kami sekeluarga dapat berita gembira! MakNgah sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comey! Welcome aboard Little Hani Dahlia😍
Jadi hari ni, Dura, tiga serangkai, Opah dan Atok pergi melawat MakNgah di HUKM Cheras. Of course la nak kene tengok member baru dalam team keluarga kami ni hihi. Bertambah lagi seorang cucu Opah dan Atok😄
Sampai- sampai je.. terus Dura dukung Hani Dahlia. Waaah! Rindunya nak dukung, peluk dan cium baby😍 Kalau anda pernah cium baby, mesti tau bau baby macamana kan? Wanginya tak dapat nak explain. Perfume pun takde bau cenggitu😙
KLong, KNgah dan AbangYan pun excited nak tengok dan pegang baby. “Keciknya baby, Mama!” kata bebudak ni. Eh, memang la baby kecik, kalau besar mana nak muat dalam perut yer dak? Hehek

Hmmm, Hani Dahlia ni ikut muka maknya atau bapaknya ya? 🤔😄
Tahniah untuk PakNgah dan MakNgah kerana sudah menjadi seorang ibu dan bapa. Pastikan jadi ibu dan bapa penyayang serta bertanggungjawab tau! Semoga Hani Dahlia membesar jadi anak yang solehah, seindah namanya😘
Leave a Reply